PRU15 | Amanah mahu Dr Dzulkefy pertahan kerusi Kuala Selangor

2022-10-20 0

Parti Amanah Negara (Amanah) sah akan mempertaruhkan penyandangnya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen Kuala Selangor walaupun beliau ebelum ini mahu memberi laluan kepada muka baru.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerusi itu menjadi sangat kritikal dan serius selepas UMNO dikatakan mahu meletakkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.